Monday, 14 July 2014


Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tutor Pengajian Am saya Encik Ardian Amir dan rakan-rakan sekalian. Pada petang ini saya Lim Junn Wynn dari class DEM amat berbesar hati untuk berkongsi dengan saudara sekalian tentang Prinsip Kesopanan & kesusilaan yang juga merupakan prinsip rukun negara yang ke-lima . Melalui kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima-kasih kepada saudara sekalian yang sudi memberi sokongan kepada saya . 

Objektif saya pada hari ini adalah untuk mengaitkan prinsip kesopanan dan kesusilaan dengan Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 yang telah menggugatkan keamanan dan kestabilan negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara..Untuk pengetahuan anda , Prinsip kesopanan dan kesusilaan memainkan peranan yang mustahak untuk melahirkan masyarakat yang bertoleransi dan bersifat mulia antara satu sama lain.  


Jadi apakah Prinsip Kesopanan & Kesusilaan ?

Prinsip Kesopanan & Kesusilaan menekankan bahawa betapa pentingnya personaliti dan tingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan negara ini. Sifat sopan santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada berlapisan kaum . Pembentukan individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling berinteraksi dalam suasana bersatu padu dan aman. Di samping itu ,individu yang berakhlah tinggi boleh meningkatkan status Malaysia di seantero dunia.
 Pendek kata ,Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya kerharmonian negara terpelihara.

Kehidupan yang bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengelakkan daripada membangkitkan persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, kepercayaan dan agama yang dianutinya.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai `internal cohesion' atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih relevan untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Rakyat juga harus membuka mata dan mengambil peristiwa 
titik hitam negara pada 13 Mei 1969  sebagai pengajaran untuk mengelakkan berlakunya tragedi. 

Sekian, Terima kasih